Saturday, 21 February 2015

post ke - 6 , tuliskan artikel mengenai Masalah Penggunaan ICT dalam pengajara&pembelajaran

ICT merupakan sesuatu yang baru dalam bidang pendidikan. Oleh itu, untuk merialisasikan penggunaan ICT dalam pembelajaran, terdapat masalah-masalah yang terpaksa dihadapi oleh guru-guru. Permasalahan yang timbul dalam pengintegrasian ICT dalam pengajaran bahasa antaranya ialah:
·         Tahap kemahiran guru
·         Penerimaan guru terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran
·         Kekangan dalam menghabiskan sukatan pelajaran
·         Kemudahan teknologi tidak mencukupi
·         Sistem selenggaraan yang kurang cekap
Bagi merialisasikan pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran kemudahan seperti makmal komputer dan peralatan berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat harus mencukupi. Terdapat sekolah yang menghadapi masalah kekurangan komputer serta tidak terdapatnya kemudahan internet. Keadaan ini menyebabkan sukar bagi guru-guru untuk mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa di sekolah.n dan Pembelajaran. Sistem penyelenggaran bahan teknologi maklumat di sekolah yang tidak cekap menjadi salah satu punca permasalahan pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa tidak  dapat dilaksanakan dengan baik.  Peruntukan kewangan yang lambat serta tidak mencukupi untuk proses penyediaan kemudahan teknologi maklumat di sekolah-sekolah juga menjadi punca timbulnya permasalahan dalam proses pengintegrasian.Proses pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran memerlukan prasarana yang mencukupi seperti kemudahan makmal komputer, peralatan berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat, serta penyediaan dan penyelenggaraan komputer yang mencukupi dan lancer. Sistem penyelenggaraan bahan teknologi maklumat di sekolah yang tidak cekap menjadi salah satu punca permasalahan pengintegrasiaan ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Sehubungan itu juga, peruntukan kewangan yang lambat serta tidak mencukupi untuk proses penyediaan kemudahan teknologi maklumat di sekolah-sekolah tertentu menjadi salah satu punca timbulnya permasalahan dalam proses pengintegrasian.

sumber rujukan : Kamus Dewan Edisi Ketiga(2002). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.Ee Ah Meng (1989). Pendidikan di Malaysia. Fajar Bakti. Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment