Saturday, 21 February 2015


.


  post ke - 5 , tuliskan artikel mengenai Kelebihan Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran 
 














Pengunaan ICT secara berfikrah,terancang dan bersesuaian
dengan keperluan dalam pembelajaran:
• berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid
terhadap pelajaran.
• memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua
murid yang pelbagai keupayaan.
• meningkatkan motivasi murid.
• membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise
learning• membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar
diperolehi.
• membolehkan murid mengumpul maklumat yang perlukan
masa yang lama atau terlalu mahal untuk diperoleh.
• mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan
dan mencabar.
• membolehkan murid mencuba atau melaksana eksperimen
yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk
dilaksana dengan cara biasa.
• meningkat daya kreativiti dan imaginasi murid.
• memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan
dengan bimbingan yang minimum.
• meningkat
  • Terdapat banyak kelebihan menerusi pengajaran berasaskan komputer. Antaranya adalah dapat meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran. 
  • Mengikut penyelidikan yang telah dlakukan oleh pakar-pakar alat pandang dengar, konsep kefahaman dan pengetahuan yang diperolehi oleh manusia adalah 75% melalui deria pandang, 13% daripada deria dengar, 6% daripada deria sentuh, 3% daripada deria rasa dan 3% daripada deria bau. (Mok Soon Sang, Lee Shok Mee,1986). 
  • Berdasarkan kajian ini, jelas menunjukkan bahawa pancaindera pandang dan dengar penting dalam proses pembelajaran. Bahan bantu mengajar berasakan komputer semestinya banyak memerlukan pancaindera pandang dan dengar. 
  • Hal ini sangat relevan dalam meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran.
  • Kelebihan yang seterusnya adalah guru dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa, menyeronokkan dan mencabar. 
  • Hal ini selaras dengan teknologi yang pendidikan bertujuan untuk mewujudkan suatu suasana yang kondusif bagi pengajaran dan pembelajaran. 
  • Wayne F. Virag (1976) berpendapat “seseorang individu dalam suasana pembelajaran adalah tertakluk kepada pelbagai bahan pengajaran, teknik-teknik dan peringkat-peringkat penyampaian pengajaran…suasana pembelajaran ini pula dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti kaedah penyampaian dan bahan pengajaran yang digunakan dalam suasana fizikal yang direka untuk pembelajaran.” 
  • Penggunaan teknologi juga boleh memberi pengalaman sebenar yang dapat merangsang aktiviti sendiri dalam kalangan pelajar dan membina pemikiran yang berterusan.
  • Hal ini dapat dilahirkan menerusi aktiviti yang mencabar dalam pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer. 
  • Oleh yang demikian, jelas menunjukkan bahawa suasana pembelajaran yang selesa, menyeronokkan dan mencabar dapat diwujudkan menerusi pengajaran yang menggunakan komputer serta perisiannya sebagai alat pengajaran.
  • Seterusnya pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer dapat meningkatkan motivasi dan minat murid dalam pembelajaran. 
  • Hal ini selaras dengan pendapat Jonassen (1996) yang menyatakan, para pelajar yang mendapat bahan pengajaran melalui komputer mempunyai motivasi yang tinggi untuk  belajar. 
  • Apatah lagi jika pendekatan yang digunakan berbentuk permainan pendidikan. 
  • Hal ini menunjukkan menerusi pendekatan permainan pendidikan, murid akan lebih tertarik dan semakin bersemangat untuk mengikuti sesebuah pembelajaran.
  • Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer juga bertujuan untuk memudahkan kerja seseorang guru dalam penyampaian maklumat pelajaran. 
  • Penggunaan bahan teknologi pendidikan yang boleh dilihat dan menghasilkan bunyi dan suara telah didapati memberikan banyak faedah seperti melicinkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran, menjimatkan masa dan tenaga, mengelakkan kebosanan pelajar dan mengelakkan berlakunya salah tafsir atau tidak faham.
  • RUJUKAN Azizi Yahaya (2007). Menguasai Penyelidikan dalam Penyelidikan. Kuala Lumpur : PTS
    Professional Publishing Sdn Bhd Ismail Zain (2003). Pelajar Cemerlang Melangkah Ke Alam Siber. Utusan Publication &
    Distributor Sdn BhdKassim bin Abbas (2006). Media Dalam Pendidikan. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

No comments:

Post a Comment