Post ke - 8, cari satu perisian aplikasi yang unik ( Bukan perisian Microsoft mahupun Produk Windows) yang boleh digunakan untuk pembelajaran. Berikan contoh bagaimana ia boleh digunakan dalam kelas (proses dan apa kelebihannya kepada p&p
Terdapat pelbagai carauntuk melaksanakan p&p di bilik darjah selain dari penggunaan cyber atau komputer,diantaranya ialah penggunaan bahan terbuang ,kad imbasan,penggunaan warna,lakonan,percakapan,muzik,aktiviti luar bilik darjah dan banyak lagi.Salah satunya yang saya praktikkan ialah aktiviti diluar bilik darjah dan penggunaan warna sebagai satu daya penarik kepada pelajar kanak-kanak.Bagi pelajar tahap tinggi pula pendekatan yang saya gunakan adalah pembelajaran di luar bilik darjah kerana mereka akan berasa bosan sepanjang hari berada di dalam kelas.
KAEDAH PENDEKATAN PEMBELAJARAN BAGI MURID TAHAP SATU:
MENGGUNAKAN KAEDAH WARNA
Mereka mudah tertarik dengan kaedah ini kerana mereka suka melihat sesuatu yang cerah dan ceria.Sambil mereka terpegun melihat warna itu mereka boleh mengeja ejaan warna tersebut,menyebut warna tersebut dalam pelbagai bahasa iaitu bahasa melayu,bahasa inggeris dan juga bahasa arab,contohnya murid-murid ini warna apa? Murid jawab itu warna merah,cuba murid sebut merah dalam bahasa inggeris,red cikgu,cuba kamu ejakan perkataan merah itu dalam bahasa arab alif ha mim ro bunyinnya murid ahmar cikgu,dengan mudah mereka akan ingat.Warna juga menjadi satu ransangan kepada murid iaitu merah ertinya berani,dengan memperkenalkan warna merah sahaja banyak yang boleh di kaitkan dengan pembelajaran dan motivasi diri,sangat baik kaedah ini.
KAEDAH PENGAJARAN DI LUAR BILIK DARJAH
Banyak yang boleh dilakukan dengan kaedah ini antaranya minda murid akan terbuka dengan luas untuk berfikir,contohnya memikirkan kehebatan ALLAH mencipta langit dan bumi,guru juga boleh menghuraikan atau menceritakan proses kejadian bumi ini dari tercampaknya ADAM DAN HAWA kebumi ini.Proses kejadian manusia,proses kehidupan tumbuh-tumbuhan,bagaimana tumbuh-tumbuhan mendapat oksigen untuk terus subur di bumi,memikirkan kehidupan serangga yang kecil,kelebihan cahaya matahari dan juga mengenal bahayanya kehidupan di luar rumah tanpa pengawasan kedua ibu dan bapa.Suasana ini dapat mencetus sesuatu suasana yang seronok bagi pelajar.